Monday, October 19, 2009

Selamat Bercuti Sekolah

Yaayyy...cuti sekolah!!!! Kanak-kanak sekolah sudah semestinya antara yang paling gembira apabila tiba musim cuti persekolahan.

Tidak perlu ke kelas, tidak perlu bangun awal pagi, tidak perlu macam-macam lagi. Pelbagai aktiviti lain yang boleh mereka lakukan. Balik kampung nenek, main bola sepak, berkhemah, lumba motor, mandi sungai, memancing. Semua aktiviti di atas terdedah kepada risiko kemalangan dan malapetaka.

Berikut antara kemalangan ngeri yang tidak diduga sepanjang musim cuti seklah ini.

1) Kemalangan Bas Ekspres Sani




2) Kemalangan Sejurus Selepas 3 Jam Angkat Nikah

Takziah kepada keluarga jenazah. Semoga arwah dicucuri rahmat hendaknya.

Benar, hidup mati dan ajal maut ditentukan Allah. Tetapi tidakkah Allah Taala menyuruh kita berusaha mencapai kehidupan yang sempurna, bukan sahaja sempurna dari segi kekayaan malah sempurna dari segi kesihatan tubuh badan dan sempurna dari segi keimanan kepada Tuhan Yang Esa. Dengan kesihatan yang baik barulah kita mampu untuk melakukan amal ibadat kepada Allah.

Tetapi jangan lupa. Kita tidak diperintahkan untuk mentaati perintah Allah ketika kita sihat, kaya dan lapang sahaja.

Sebagai seorang umat Islam, kejayaan kita bergantung kepada sejauh mana kita dapat mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya tatkala kita senang atau susah, lapang atau sibuk serta sihat atau sakit.


"Dan janganlah kamu mengatakan kamu telah beriman, sedangkan kamu belum diuji."

Wallahu 'alam...

Prudential4u